Hajarul Aswad yang bermaksud batu hitam. Ia merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru kaabah. Jika berkaitan dengan Kabaah maka, ia terletak di salah satu bucu kaabah dimana orang yang ingin mengerjakan haji bagi yang ingin memulakan tawaf mereka, dengan itu mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka kea rah Hajarul Aswad dan berpusing sebanyak tujuh kali. Pada awal tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan diakhiri di Hajarul Aswad juga.
Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW semata-mata dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajarul Aswad), baginda berkata:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasullulah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajarul Aswad).”
Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan.
Terdapat banyak riwayat, antaranya ialah lain daripada Abdullah bin Umar bin Al-Khattab, Hajarul Aswad berasal daripada syurga. Riwayat oleh Sa’id bin Jubair RA daripada Ibnu Abbas daripada Ubay Ka’b RA, menerangkan bahawa Hajarul Aswad dibawa turun olrh malaikat dari langit ke dunia. Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajarul Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224H/837M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah. Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajarul Aswad itu pertama kali di tempatnya iaitu Kaabah.
Pada mulanya Hajarul Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang. Abdullah bin Amr bin As RA (7SH-65H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajarul Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M.76H/65M).
Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajarul Aswad adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang-orang musyrik.